REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberi
ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Sahidani Bin Dani atas
penerangan serta tunjuk ajar yang diberikan bagi menyiapkan tugasan ini. Tidak
lupa kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi ilmu berkenaan tugasan ini.
Semasa melaksanakan
tugasan projek ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik
untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan
perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami
tentang prinsip dan kriteria-kriteria pemilihan bahan dan sebagainya yang
sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.
Saya juga mula merasai
kepentingan teknik atau bahan bantu mengajar ini terhadap diri saya kerana
sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk
melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya
sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan
menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini.
Melalui pembelajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer ini, sedikit sebanyak
telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan
ini.
Melalui segala pengalaman
dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah S.W.T., saya
akan gunakan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian
maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar.
Saya juga mula sedar kepentingan subjek
ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat
melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi
melahirkan modal insan yang sempurna.
Selain itu, melalui proses
menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama
rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat.
Sikap toleransi dan bekerjasama pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di
tingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula
lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan
hal ini sekali gus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
Tambahan pula, pengalaman
berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini
membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini
sekali gus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat
persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar
yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus
pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya
dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya,
tugasan kerja kursus pendek ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan
membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi
semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal
insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment