BAHAN SASTERA
CERPEN
Sahabat Sejati
Oleh Suhartono
Betapa enak menjadi
orang kaya. Semua serba ada. Segala keinginan terpenuhi. Karena semua tersedia.
Seperti Iwan. Ia anak konglomerat. Berangkat dan pulang sekolah selalu diantar
mobil mewah dengan supir pribadi.
Meskipun demikian ia
tidaklah sombong. Juga sikap orang tuanya. Mereka sangat ramah. Mereka tidak
pilih-pilih dalam soal bergaul. Seperti pada kawan kawan Iwan yang datang ke
rumahnya. Mereka menyambut seolah keluarga. Sehingga kawan-kawan banyak yang
betah kalau main di rumah Iwan.
Iwan sebenarnya
mempunyai sahabat setia. Namanya Momon. Rumahnya masih satu kelurahan dengan
rumah Iwan. Hanya beda RT. Namun, sudah hampir dua minggu Momon tidak main ke
rumah Iwan.
“Ke mana, ya,Ma,
Momon. Lama tidak muncul. Biasanya tiap hari ia tidak pernah absen. Selalu
datang.”
“Mungkin sakit!” jawab
Mama.
“Ih, iya, siapa tahu,
ya, Ma? Kalau begitu nanti sore aku ingin menengoknya!” katanya bersemangat
Sudah tiga kali pintu
rumah Momon diketuk Iwan. Tapi lama tak ada yang membuka. Kemudian Iwan
menanyakan ke tetangga sebelah rumah Momon. Ia mendapat keterangan bahwa momon
sudah dua minggu ikut orang tuanya pulang ke desa. Menurut kabar, bapak Momon
di-PHK dari pekerjaannya. Rencananya mereka akan menjadi petani saja. Meskipun
akhirnya mengorbankan kepentingan Momon. Terpaksa Momon tidak bisa melanjutkan
sekolah lagi.
“Oh, kasihan Momon,”
ucapnya dalam hati,
Di rumah Iwan tampak
melamun. Ia memikirkan nasib sahabatnya itu. Setiap pulang sekolah ia selalu
murung.
“Ada apa, Wan? Kamu seperti tampak lesu. Tidak seperti biasa. Kalau pulang
sekolah selalu tegar dan ceria!” Papa menegur
“Momon, Pa.”
“Memangnya kenapa
dengan sahabatmu itu. Sakitkah ia?”
Iwan menggeleng.
“Lantas!” Papa
penasaran ingin tahu.
“Momon sekarang sudah
pindah rumah. Kata tetangganya ia ikut orang tuanya pulang ke desa. Kabarnya
bapaknya di-PHK. Mereka katanya ingin menjadi petani saja”.
Papa menatap wajah
Iwan tampak tertegun seperti kurang percaya dengan omongan Iwan.
“Kalau Papa tidak
percaya, Tanya, deh, ke Pak RT atau ke tetangga sebelah!” ujarnya.
“Lalu apa rencana
kamu?”
“Aku harap Papa bisa
menolong Momon!”
“Maksudmu?”
“Saya ingin Momon bisa
berkumpul kembali dengan aku!” Iwan memohon dengan agak mendesak.
“Baiklah kalau begitu.
Tapi, kamu harus mencari alamat Momon di desa itu!” kata Papa.
Dua hari kemudian Iwan
baru berhasil memperoleh alamat rumah Momon di desa. Ia merasa senang. Ini
karena berkat pertolongan pemilik rumah yang pernah dikontrak keluarga Momon.
Kemudian Iwan bersama
Papa datang ke rumah Momon di wilayah Kadipaten. Namun lokasi rumahnya masih
masuk ke dalam. Bisa di tempuh dengan jalan kaki dua kilometer. Kedatangan kami
disambut orang tua Momon dan Momon sendiri. Betapa gembira hati Momon ketika
bertemu dengan Iwan. Mereka berpelukan cukup lama untuk melepas rasa rindu.
Semula Momon agak
kaget dengan kedatangan Iwan secara mendadak. Soalnya ia tidak memberi tahu
lebih dulu kalau Iwan inginberkunjung ke rumah Momon di desa.
“Sorry, ya, Wan. Aku
tak sempat memberi tahu kamu!”
“Ah, tidak apa-apa.
Yang penting aku merasa gembira. Karena kita bisa berjumpa kembali!”
Setelah omong-omong
cukup lama, Papa menjelaskan tujuan kedatangannya kepada orang tua Momon.
Ternyata orang tua Momon tidak keberatan,
dan menyerahkan segala keputusan kepada Momon sendiri.
“Begini, Mon,
kedatangan kami kemari, ingin mengajak kamu agar mau ikut kami ke Bandung. Kami menganggap kamu itu sudah seperti keluarga kami sendiri.
Gimana Mon, apakah kamu mau?” Tanya Papa.
“Soal sekolah kamu,”
lanjut Papa, “kamu tak usah khawatir. Segala biaya pendidikan kamu saya yang
akan menanggung.”
“Baiklah kalau memang
Bapak dan Iwan menghendaki demikian, saya bersedia. Saya mengucapkan banyak
terima kasih atas kebaikan Bapak yang mau membantu saya.”
Kemudian Iwan bangkit
dari tempat duduk lalu mendekat memeluk Momon. Tampak mata Iwan berkaca-kaca.
Karena merasa bahagia.Akhirnya mereka dapat berkumpul kembali. Ternyata mereka
adalah sahabat sejati yang tak terpisahkan.
Kini Momon tinggal di
rumah Iwan. Sementara orang tuanya tetap di desa. Selain mengerjakan sawah,
mereka juga merawat nenek Momon yang sudah tua
SAJAK
BERBURU ke padang
datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
|
BAHAN TATABAHASA
Pengimbuhan
Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar
untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang
dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
|
Awalan
|
Varian
|
Contoh perkataan
|
contoh penggunaan
|
|
ke-
|
ke
|
kerabat,
ketladak, kekasih
|
Kerabat
diraja itu makan di warung sahaja.
|
|
maksud
awalan ke- menjadi penanda orang atau benda
dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata
nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak
|
|||
|
peN-
|
pe-
|
pewangi,
peragut, pesalah
|
Orang
ramai membelasah peragut rantai itu
sehingga pengsan.
|
|
|
pem-
|
pemfatwa,
pemproses, pemberontak
|
Mesin pemproses sawit itu
mahal harganya.
|
|
|
pen-
|
pensyarah,
penswastaan, penagih, pendapat
|
Pensyarah
itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari
|
|
|
peng-
|
pengkritik,
pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuh
|
Pengacau itu
menggangu pengasuh kanak-kanak
setiap hari.
|
|
|
penge-
|
pengecualian,
pengeluar, pengesan, pengebom
|
Pengebom berani
mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri
|
|
|
pel-
|
pelabur,
pelajar, pelayar, pelampau, pelakon
|
Pelabur diingatkan
supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.
|
|
peR-
|
per
|
pertapa
|
Pertapa
itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.
|
|
juru-
|
juru-
|
jurutaip,
jururunding, jurubahasa
|
Semua
tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan
jawatan.
|
|
dwi-(menunjukkan
bilangan dua bagi kata dasar)
|
dwi-
|
dwibahasa,
dwifungsi, dwiedaran
|
Majalah
itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu
Tamil dan Inggeris.
|
|
eka-(menunjukkan
bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-)
|
eka-
|
ekabahasa,
ekakaum, ekafungsi
|
Pengunaan ekabahasa
belum tentu menjamin perpaduan negara
|
|
pasca-(dirujuk
kepada `selepas')
|
pasca-
|
pascasiswazah
|
Pengajian pascasiswazah merujuk
kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran.
|
|
pra-(menunjukkan
makna `sebelum')
|
pra-
|
prasejarah,
prakemerdekaan
|
Ahli
arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah.
|
|
swa-menunjukkan
maksud `sendiri')
|
swa-
|
swalayan,
swamodal, swakarya
|
Pelanggan
mengambil sendiri makanan di restoranswalayan itu.
|
Contoh imbuhan pada akhiran ayat
|
Akhiran
|
contoh
perkataan
|
|
-man
(menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk)
|
seniman,
budiman
|
|
-wan
(perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya)
|
olahragawan,
usahawan
|
|
-wati
(menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya)
|
pragawati,
olahragawati
|
|
-an
|
pakaian,
kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan
|
Contoh imbuhan pada apitan ayat
|
Apitan
|
contoh
perkataan
|
|
ke....an
|
kezaliman,
kesenangan
|
|
pe...an
|
peranan,
pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan
|
|
peN...an
|
penyusunan,
pengurangan
|
Contoh imbuhan sisipan pada ayat
|
sisipan
|
contoh
perkataan
|
|
-el-
|
telunjuk,
kelengkeng, kelabut
|
|
-er-
|
keruping,
seruling, serabut
|
|
-em-
|
kemuning,
kemuncup, kemelut
|
Golongan kata adjektif
Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif
seperti manis sekali, sudah lama sungguh,
masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di
bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau
sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali
jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh,
sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.
|
Jenis
|
Contoh
|
|
Sifat
|
Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap,
secantik, terkuat
|
|
warna
|
Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat
|
|
ukuran
|
Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar,
sebesar, terpanjang, ternipis
|
|
bentuk
|
Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.
|
|
waktu
|
Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu,
silam.
|
|
jarak
|
Dekat, hampir, jauh
|
|
cara
|
Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras,
laju, jelas, muram, lincah.
|
|
Pancaindera
- rasa
- pandang
- dengar
- bau
- sentuh
|
Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licin
|
|
Adjektif perasaan
|
Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.
|
BIDANG LAIN
KESIHATAN
Makan untuk kesihatan
berpandukan Piramid Makanan
Apakah Piramid Makanan?
Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang
dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian palingbawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. PiramidMakanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepadakandungan zat dan fungsinya.
ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian
Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan iniperlu diambil paling banyak.
Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun,
roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.
Apakah Piramid Makanan?
Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang
dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian palingbawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. PiramidMakanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepadakandungan zat dan fungsinya.
ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian
Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan iniperlu diambil paling banyak.
Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun,
roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.
ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.
ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.
Hasil Tenusu
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.
ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula
Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan
Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.
ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.
Hasil Tenusu
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.
ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula
Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan

No comments:
Post a Comment